Tuesday, October 19, 2010

Keputusan Paintball Pasca PMR 2010

Kejohanan Paintball Pasca PMR 2010 anjuran bersama SMK Taman Bukit Indah dan PPD Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan.

Penyampaian hadiah dan perasmian majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Ismail bin Abdul Rahim (Penyelia Kanan Sukan, PPD Johor Bahru). Pihak SMK Taman Bukit Indah mengucapkan ribuan terima kasih En. Ismail bin Abdul Rahim atas kesudian beliau melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta, guru pengiring dan sekolah-sekolah yang melibatkan diri dalam penyertaan edisi kedua ini. Segala kerjasama amatlah dihargai.

Keputusan Paintball Pasca PMR 2010

Kategori Lelaki:

Johan : SMK Aminuddin Baki (A)
Naib Johan : SMK Kompleks Sultan Abu Bakar
Ketiga : SMKTaman Bukit Indah (A)

Kategori Perempuan:

Johan : SMK Taman Bukit Indah (A)
Naib Johan : SMK Taman Bukit Indah (B)
Ketiga : SMK Taman Universiti

No comments:

Post a Comment