Tuesday, October 19, 2010

Keputusan Paintball Pasca PMR 2010

Kejohanan Paintball Pasca PMR 2010 anjuran bersama SMK Taman Bukit Indah dan PPD Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan.

Penyampaian hadiah dan perasmian majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Ismail bin Abdul Rahim (Penyelia Kanan Sukan, PPD Johor Bahru). Pihak SMK Taman Bukit Indah mengucapkan ribuan terima kasih En. Ismail bin Abdul Rahim atas kesudian beliau melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta, guru pengiring dan sekolah-sekolah yang melibatkan diri dalam penyertaan edisi kedua ini. Segala kerjasama amatlah dihargai.

Keputusan Paintball Pasca PMR 2010

Kategori Lelaki:

Johan : SMK Aminuddin Baki (A)
Naib Johan : SMK Kompleks Sultan Abu Bakar
Ketiga : SMKTaman Bukit Indah (A)

Kategori Perempuan:

Johan : SMK Taman Bukit Indah (A)
Naib Johan : SMK Taman Bukit Indah (B)
Ketiga : SMK Taman Universiti

Thursday, October 14, 2010

Pertandingan Paintball 3 On 3 Lelaki/Perempuan Pasca PMR Anjuran Bersama SMK Taman Bukit Indah Dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Tahun 2010

Tarikh pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


TARIKH : 18 OKTOBER 2010 (Isnin)

MASA : 8. 00 PAGI – 5.00PTG.

TEMPAT : GELANGGANG PAINT BALL SMK TAMAN BUKIT INDAH

YURAN PENDAFTARAN : RM100.00 (SETIAP PASUKAN)


*(Jika menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bayaran yang dikenakan berjumlah RM200.00) Yuran pendaftaran boleh dibayar melalui cek atas nama Pengetua, SMK Taman Bukit Indah pada hari pendaftaran pertandingan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi GPK Kokurikulum SMK Taman Bukit Indah,
En. Roslan b. Shariff di talian
013-7390245
atau sekolah : 07-5513767

Hari Malaysia

16 September 2010



Hari Malaysia disambut pada 16 SeptemberMalaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSabah) dan Sarawak.[1] memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.[2] Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53


SELAMAT MENYAMBUT HARI
KEMERDEKAAN KE 53
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema – tema hari kebangsaan sebelum ini. Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.


1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat 2010

26 Ogos 2010
Surau al-Muttaqin






Program Mesra Pengawas Zon Skudai 2010

24 Julai 2010








Hari Terbuka 2010

23 Julai 2010




Kem Kokurikulum & Hari Jualan 2010

10 Julai 2010






Hari Guru 2010

17 Mei 2010